Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Mahasiswi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Maryam Razali yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Hadith daripada Fakulti Al-Quran dan Sunnah telah meraih gelaran naib johan bagi kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk (Perempuan) pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan (MTHQWP) baru-baru ini.

Maryam Razali, naib johan bagi kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk (Perempuan).

Majlis yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Oktober 2023 ini menyaksikan 35 orang peserta telah bertanding dalam kategori hafazan al-Quran bagi tiga kategori berbeza, iaitu kategori 1 (1 hingga10 juzuk), kategori 2 (1 hingga 20 juzuk) dan kategori 3 (1 hingga 30 juzuk).

Mengangkat tema memartabatkan kitab suci al-Quran sebagai panduan dan rujukan umat Islam, MTHQWP pada tahun ini tampil berbeza dengan pembaharuan format persembahan melalui slot Ibrah al-Quran yang disertakan dengan visual 3D sebaik-baik sahaja peserta selesai menyempurnakan bacaan mereka.

Para pemenang bagi kategori hafazan 1 hingga 30 juzuk (perempuan).

Selain kategori hafazan, MTHQWP pada kali ini turut mendapat 14 penyertaan bagi kategori tilawah yang disertai oleh wakil daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta seorang johan qari menunggu dan johan qariah menunggu.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail dan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Haji Abdullah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.