Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 Pattani – Sebanyak 26 orang pelajar dan dua orang pensyarah pengiring daripada empat buah fakulti dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyertai program Mobiliti Outbound KUIPs di Prince of Songkla University (PSU) Cawangan Pattani bermula 23 Ogos sehingga 7 September 2023.

Pelbagai aktiviti Mobiliti Outbound dijalankan di Faculty of Islamic Sciences PSU seperti kuliah dalam talian, lawatan ke tempat bersejarah di Pattani, aktiviti berkhemah di Betong, lawatan ke kilang pembuatan kelapa laut dan tanjak, selain menghadiri forum hal ehwal Islam di Universiti Fatoni.

Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan terhadap persekitaran yang berbeza melalui aktiviti kemasyarakatan di samping dapat memperluas dan memperkaya pengalaman pembelajaran, serta meningkatkan jaringan persahabatan dengan pelajar universiti tersebut.

Para pelajar dan pensyarah KUIPs bergambar kenang-kenangan.

Majlis penutup program tersebut dihadiri oleh delegasi KUIPs yang diketuai oleh Rektor KUIPs, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dan diiringi oleh Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Abdul Basir Awang@Mohd Ramli, serta beberapa kakitangan lain lagi.

Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi menyatakan hasrat untuk melihat hubungan dua hala antara KUIPs dengan PSU cawangan Pattani akan menjadi lebih erat merangkumi segenap aspek termasuk penyelidikan, perundingan dan perkongsian ilmu melalui persidangan dan seminar antarabangsa termasuklah program pertukaran pelajar dan dijalankan secara bersama melalui kerjasama universiti yang telah dimeterai melalui memorandum yang ditandatangani ini.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.