18 Ogos 2023, 21:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan  Madrasah Tahfiz al-Quran  (PERMATA) dan  Sekretariat  Majlis Tahfiz Asia Tenggara (MATA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan program Liqa’ Ahlil Quran pada 23hb Ogos 2023, bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur bersempena dengan penganjuran Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 1445H/2023M.

Pengerusi program, YBhg. Dato’ Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz dalam kenyataannya berkata bahawa program ini akan mengumpulkan dan menampilkan pakar al-Quran bertaraf dunia dalam satu acara pertemuan dan muzakarah yang akan dihadiri oleh 250 orang para pendidik, pelajar dan pencinta al-Quran di negara ini, termasuk peserta dari negara rantau Asia Tenggara.

Program yang julung-julung kali diadakan ini akan  dirasmikan  oleh YBhg.  Datuk  Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.

“Program ini akan menjadi forum untuk bermuzakarah, mendengar pandangan pakar dan merumuskan solusi ilmu al-Quran pada peringkat tinggi.

Liqa’ Ahlil Quran yang dikendalikan dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu ini turut dipancarkan melalui media sosial dan dijangka akan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia khasnya, dan umat Islam seluruh dunia amnya,” katanya.

Tambah beliau lagi, program ini dirancang untuk dijadikan program ilmuwan tahunan yang mengiringi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa.

“Program ini diharap dapat mencambahkan keilmuan tentang bacaan al-Quran dan pemahaman kandungannya untuk dipraktikkan dalam masyarakat kontemporari,” katanya.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.