1 Ogos 2023, 10:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, pemakaian pelitup muka di masjid dan surau seluruh negeri Perlis tidak diwajibkan berkuat kuasa serta merta.

“Walau bagaimanapun, pemakaiannya masih digalakkan bagi mereka yang mempunyai gejala dan mengalami risiko dijangkiti,” titah baginda dalam satu kenyataan pada hari ini.

Ketetapan berkenaan dikeluarkan selaras dengan perkembangan terkini seperti yang dimaklumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan dengan pandemik COVID-19 yang berpotensi mereda pada tahun ini hingga suatu tahap menular seperti selesema, serta selari dengan penurunan kes dan kadar vaksinasi dan pengumuman kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pemakaian pelitup muka yang telah diumumkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berkuat kuasa 5 Julai 2023.

Dalam kenyataan yang sama, baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), turut menyempurnakan titah penghargaan DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis kepada seluruh rakyat negeri ini kerana sentiasa memberikan kerjasama kepada MAIPs serta agensi bersamanya dalam usaha membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.