26 Julai 2023, 16:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa semua institusi Islam supaya lebih bergerak aktif, relevan, dan melihat kembali fungsi dan peranan sebenar masing-masing sebagai satu badan yang akan terus membangun, membela, melindungi, memperkasa umat Islam dan menambah baik sistem pentadbiran sedia ada agar dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan optimum.

Institusi Islam juga perlu sentiasa berusaha dan memikirkan bagaimana untuk melahirkan generasi yang cemerlang dalam pelbagai ilmu, terutamanya generasi pencinta al-Quran. Pewujudan sekolah tahfiz dan sukatan pelajaran pengajian al-Quran misalnya, menjadi antara usaha untuk memberikan ilmu al-Quran yang terbaik kepada anak-anak jika dapat dilaksanakan dengan penuh berintegriti, berperaturan dan betul.

Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada seorang daripada tiga asnaf terpilih.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan MAIPs Peduli bagi menjejaki dan menyantuni asnaf di sekitar kawasan Beseri baru-baru ini.

Tiga orang asnaf terpilih telah menerima sumbangan agihan zakat MAIPs sebanyak RM700 setiap seorang daripada Tuanku Pemangku Raja.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.