Oleh Abd Razak Osman
7 Julai 2023, 14:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Sebanyak RM1.185 juta diperuntukkan kepada 237 buah institusi pendidikan agama di negeri ini dalam Majlis Penyerahan Bantuan Operasi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Pondok dan Tahfiz Negeri Kedah yang berlangsung di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Kedah, semalam.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Muhammad Sanusi Md. Nor.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, bantuan ini akan memberikan pelbagai kebaikan untuk proses operasi di sekolah masing-masing.

Pada tahun lepas, sebanyak RM1.05 juta telah diperuntukkan kepada 210 buah pusat pengajian itu.

Menurutnya, bantuan operasi diberikan kepada sekolah dan institusi pendidikan Islam yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah(JHEAINK).

“Sehubungan dengan itu, mana-mana institusi pendidikan agama di negeri Kedah boleh mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bantuan yang sama pada masa akan datang.

“Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan sekadar meringankan beban kewangan dalam menguruskan operasi di sekolah dan institusi masing-masing,” katanya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.