4 Julai 2023, 16:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan masyarakat Islam di negeri ini agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan organisasi untuk menjadi seorang insan yang berintegriti.

“Keimanan dan ketakwaan dalam diri menjadi benteng dan jati diri yang kukuh daripada melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan integriti,” titah baginda.

Jelas baginda lagi, “Setiap agama di dunia ini tidak pernah membenarkan penganutnya untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan atau di luar peradaban manusia, bahkan Islam itu jauh lebih lagi mengutamakan, menekankan, menjaga serta melarang umatnya daripada mencemari dan melanggar integriti.”

Demikian menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas baginda tuanku berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs bernilai RM1000 kepada Masjid Agung Medan di Sumatera Utara, Indonesia, semalam.

Untuk membudayakan nilai integriti dalam pekerjaan, baginda menyarankan agar setiap orang hadir lebih awal ke tempat kerja masing-masing supaya setiap kerja yang ditugaskan dapat diselesaikan mengikut tempoh yang diberikan atau dirancang.

“Kita juga perlu menjaga kualiti setiap kerja yang dihasilkan bagi menjaga nama baik diri serta agensi, organisasi atau syarikat yang diwakili,” jelas tuanku.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.