Oleh Syaza Wardina
20 April 2023, 21:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H pada hari Sabtu, 22 April 2023.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan perisytiharan Hari Raya Aidilfitri kira-kira pukul 8.00 malam tadi menerusi stesen televisyen tempatan.

Perisytiharan tersebut disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, kira-kira pukul 8.00 malam tadi menerusi stesen televisyen tempatan.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Setelah diperkenan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia adalah pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia dibuat hasil daripada aktiviti cerapan anak bulan yang dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara.

Cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa 2023 dilakukan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.