14 Oktober 2022, 18:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Sekolah Tahfiz Mutmainnah telah mengadakan Program Jaulah Ilmi di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis semalam. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada para pelajar ma’ahad tentang suasana universiti, dan proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM Cawangan Perlis. Program ini disertai oleh 30 orang pelajar dan 8 orang guru. Program ini diketuai oleh Ustazah Mariam Jamilah Yusof (Mudirah Sekolah Tahfiz Mutmainnah).

Menerusi program tersebut, pihak UiTM Cawangan Perlis melalui Unit Komunikasi Korporat mengambil peluang dan inisiatif untuk memperkenalkan UiTM kepada para pelajar di samping berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang cabaran di alam universiti. Guru dan pelajar yang menghadiri program tersebut turut didedahkan dengan maklumat tentang corak pengajaran dan pembelajaran serta tip untuk berjaya dan kekal relevan sebagai pelajar di universiti.

Sesi taklimat bersama-sama Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Perlis.

Semasa kunjungan tersebut, pelajar turut dibawa melawat perpustakaan, Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari, Makmal Kimia dan Makmal Polimer. Para pelajar juga diberi peluang mencuba alatan dan bahan di makmal.

 

Para pelajar mencuba peralatan sains di makmal.
Pelajar mencuba alatan di makmal kimia.
Pelajar dan guru dibawa melawat Makmal Polimer.
Pelajar diberikan penerangan tentang proses pembuatan plastik dan mesin yang digunakan di kampus tersebut.

Kebanyakan pelajar yang hadir menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang sains dan teknologi.  Hal ini dapat dilihat melalui tumpuan yang diberikan semasa sesi penerangan oleh staf di unit makmal dan komitmen yang ditunjukkan semasa sesi amali dijalankan.

Turut hadir dalam program lawatan ini ialah Ustazah Halimatul Saadiah Abdul Rahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Ustazah Khairul Syazwani Mohamad Shafiee, Penolong Kanan Kokurikulum; dan tujuh orang guru pengiring.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.