21 Julai 2022, 20:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Mata Ayer – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa terharu dengan sikap proaktif dan keprihatinan pelbagai pihak dalam menyalurkan bantuan pantas terhadap mangsa yang menerima ujian ribut yang melanda negeri ini pada 12 Julai 2022 baru-baru ini. Baginda juga berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan pihak yang diuji dan yang menyantuni mangsa ribut tersebut.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Rashid Kubang Perun, Mata Ayer pada petang semalam.

Menambah mengenai perkara yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan bahawa pihaknya menjunjung perkenan Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs, dengan memproses dan seterusnya mengagihkan sumbangan secara berjadual, iaitu pada hariĀ  Rabu, Khamis dan Jumaat bersamaan 13, 14 dan 15 Julai 2022 dengan perincian kepada 89 orang mangsa yang menerima melalui 3 kaedah yang berikut:

  1. “Bantuan Kewangan” kepada 67 penerima. Permohonan melalui Borang Bantuan Bencana MAIPs yang akan lulus terus kepada pemohon atau mangsa (Senarai nama seperti nama disertakan – Boleh juga merujuk asnaf.maips.gov.my/semak).
  2. “Bantuan Baik Pulih Rumah” kepada 22 orang penerima yang dibantu melalui masjid merangkumi zon berikut terdiri daripada Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Timur.
  3. Bantuan Baik Pulih Penuh oleh MAIPs kepada mangsa mengambil kira tahap kemusnahan yang dialami.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.