28 Jun 2021, 16:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

PUTRAJAYA – Perkhidmatan psikospiritual, khidmat nasihat dan ‘ilaj syarie  akan disebarluaskan ke beberapa agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan dalam kalangan pesakit dan kakitangan hospital akibat pandemik COVID-19. Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Tambah beliau lagi, “Bagi mencapai matlamat tersebut sebanyak 160 orang peserta akan diberikan latihan dan kemahiran untuk mengendalikan kes tersebut. Mereka terdiri daripada kader lantikan JAKIM yang berkhidmat di hospital seluruh Malaysia, Pegawai Mesra Ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Spiritual Provider lantikan Hospital Rehab Cheras.”

Sebelum ini, JAKIM telah menggerakkan program MyCare COVID-19 yang dilaksanakan bersama-sama rakan strategik lain sejak April 2020. Melalui inisiatif ini, perkhidmatan berupa nasihat disediakan untuk membantu rakyat malaysia menangani masalah tekanan dan kemurungan sepanjang pandemik COVID-19.

Sumber: Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.