Oleh
Etty Zalita Zakaria
11 Mac 2022, 20:00
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangCita-cita dan hasrat MAIPs dalam memajukan sektor pendidikan akan terlaksana dengan izin Allah melalui perancangan serta inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakannya.
Untuk meningkatkan kualiti pendidikan, Tuanku Raja Muda menitahcadangkan supaya sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah mengalami reformasi dan keluar daripada “kepompong” yang bersifat tradisi dan statik. Hal ini demikian kerana dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini, pihak sekolah juga perlu menggalakkan pelajar mengemukakan lebih banyak idea dan pandangan mereka.
“Pertandingan, pameran atau apa-apa jua bentuk medium yang melibatkan kreativiti dan idea seperti reka cipta robotik, laman web, permainan, dan sebagainya, perlu diadakan dengan lebih kerap lagi bagi membuka minda dan menyalurkan lebih banyak bakat dan kemahiran pelajar. Secara tidak langsung, sekolah dan warga pendidik tidak lagi hanya bergantung kepada buku teks sepenuhnya tetapi akan lebih terbuka untuk melatih pelajar mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.”