Diterbitkan pada 28 Mei 2026, 15:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Masjid al-Mursyid, Pekan Pauh Guring, bagi menyaksikan pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, semalam.

Turut berangkat sama ialah anakanda puteri baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Menyambut baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Puan Maizura Shamsuddin,
dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkensan, Tuan Haji Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail.

Keberangkatan baginda sekeluarga jelas mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan Institusi Diraja Perlis dalam menghayati pengorbanan, nilai kemanusiaan, serta semangat kebersamaan yang menjadi inti pati sambutan Aidiladha.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan bahawa ibadah korban yang dilaksanakan bukan sahaja melambangkan ketaatan dan pengabdian kepada Allah SWT, malah membawa mesej yang amat besar bagi memperkukuh semangat ukhuwah, berkongsi rezeki, serta menyantuni golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Tuanku Raja Muda turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha jawatankuasa masjid serta penduduk setempat yang berganding bahu menjayakan ibadah korban secara tersusun, lancar dan penuh semangat gotong-royong pada saban tahun.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi