Diterbitkan pada 7 November 2025, 16:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Seri Kembangan – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama-sama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) menganjurkan Program Sinergi Kenegaraan Madani di The Mines Resort, semalam bagi memperkukuh kefahaman dan penghayatan nilai Malaysia MADANI dalam kalangan warga pertahanan negara.

Program ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi dan telah menghimpunkan lebih 300 orang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anggota KAGAT dari sekitar Lembah Klang.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, YBhg. Ustaz Datuk Dr. Hasan Bahrom.

Dalam ucapannya, Datuk Dr. Hasan menegaskan bahawa program ini mencerminkan komitmen berterusan YADIM dan KAGAT untuk memperkukuh nilai dakwah, kenegaraan, serta jati diri MADANI di kalangan anggota ATM.

“Program ini sebagai wahana penting untuk memperkasakan semangat kenegaraan islamik dan mempererat hubungan antara institusi dakwah dengan ketenteraan,” katanya.

Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pengisian ilmiah dan wacana kenegaraan yang memfokuskan pembinaan perpaduan, adab dalam perbezaan pendapat, serta pemahaman konsep kenegaraan berdasarkan prinsip Madinah al-Munawarah.

Turut hadir, Ketua Pengarah KAGAT, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Rashidi Bujai, Pengarah YADIM Kuala Lumpur dan Putrajaya, Encik Zairudin Hashim, serta barisan kepimpinan tertinggi KAGAT.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi