Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangHari Belia Negara diraikan pada setiap 15 Mei sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap peranan serta sumbangan golongan belia dalam pembangunan negara.
Belia ditakrifkan sebagai golongan yang berusia antara 15 tahun hingga 30 tahun. Sambutan Hari Belia Negara turut bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya para belia meneroka bakat dan membina keupayaan diri, juga sebagai hari menyegarkan semangat kenegaraan agar para belia memiliki jati diri serta bersedia mempertahankan kedaulatan negara dan kemerdekaan tanah air.
Anak muda golongan belia mendapat pengiktirafan khusus dalam al-Quran melalui kisah pemuda Ashab al-Kahf. Firman Allah SWT:

Terpahat dalam sejarah kejayaan para belia mencipta kejayaan luar biasa. Sayidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. dikenali sebagai anak muda yang sangat berani lagi berilmu. Pada usia 21 tahun, beliau bersedia mengorbankan diri, tidur di katil Rasulullah SAW semasa peristiwa hijrah. Ketika berusia 23 tahun, Sayidina ‘Ali r.a. bertindak sebagai pahlawan Islam yang terkemuka dalam Perang Badar.
Mus‘ab bin ‘Umair r.a., anak muda daripada golongan bangsawan Makkah, bersedia meninggalkan kekayaan demi Islam. Beliau dipertanggungjawabkan untuk memegang panji-panji Islam dalam Perang Uhud dan gugur syahid.
Usamah bin Zaid r.a. pula diberikan peranan sebagai panglima perang pada usia 18 tahun. Selain itu, Sultan Muhammad al-Fatih memperlihatkan kehebatan sejak berusia 11 tahun, bergelar sultan pada usia 19 tahun, dan pada usia 21 tahun berjaya memimpin tentera Uthmaniyah menakluki Konstantinopel.
Dalam dunia moden pada hari ini, kita menyaksikan banyak belia mencipta dan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang merangkumi kepimpinan, pengurusan, akademik, sains, teknologi, keusahawanan, ketenteraan, seni dan sukan. Kejayaan para belia ini didorong oleh empat perkara yang berikut:
Saranan buat Belia
Para belia seharusnya disemai dengan empat saranan yang berikut:

Maksudnya: “Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah SWT ketika tiada perlindungan lain melainkan perlindungan-Nya: … Pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT … .” (Hadis riwayat al-Bukhari, no. 660).
Hadis ini memberikan gambaran jelas bahawa belia yang berjaya bukan semata-mata kerana pencapaian dunia, tetapi kerana ketaatan dan hubungan mereka dengan Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

Maksudnya: “Antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 2318).

Maksudnya: “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Hidup sebelum mati. Sihat sebelum sakit. Waktu lapang sebelum waktu sempit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin.” (Hadis riwayat al Hakim dalam al-Mustadrak, no. 7846).
Menjelang sambutan Hari Belia Negara, bersama-samalah kita mendoakan semoga para belia kita akan bersinar bagaikan permata-mata bernilai. Semoga mereka diberikan perlindungan dan petunjuk Ilahi bagi mencipta kejayaan dan kecemerlangan, seterusnya menjadi khazanah yang berharga buat negara dan bangsa. Semoga mereka akan bertenaga dan berupaya membawa negara dan bangsa mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Disesuaikan daripada teks khutbah Jumaat, 8 Mei 2026, bertajuk “Belia: Tenaga Penggerak Kemajuan Negara”.