Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia, Nadir al-Nuri dalam laman Instagram beliau menyatakan bahawa beliau tidak menjangka Yahya Sinwar yang dilantik menjadi pemimpin baharu Harakat al-Muqawama al-Islamiya (HAMAS).
Ketika ditanya oleh program Analisa TV Al-Hijrah tentang pengganti Ismail Haniyeh, beliau menyebutkan bahawa hal tersebut bergantung pada strategi pembawaan HAMAS selepas ini.
Beliau menyebut dua nama yang berkemungkinan menggantikan Ismail Hanyyeh, iaitu Khaled Mesha’al dan Khalil al-Hayyh.
“Meremang bulu roma saya apabila mendapat khabar bahawa Yahya Sinwar dilantik sebagai pemimpin baharu HAMAS menggantikan Ismail Haniyeh.
“Ternyata HAMAS mengambil tindakan yang begitu berani dan lebih agresif dengan pelantikan tersebut kerana Yahya Sinwar bukan dikenali sebagai ahli politik namun lebih dikenali sebagai sang mujahid,” katanya
Menurut Nadir, Yahya Sinwar merupakan orang yang sesuai berhadapan dengan Netanyahu kerana mereka sama keras kepala dan susah hendak bertolak ansur.
“Kenaikan pemimpin yang baharu pada kali ini memberikan satu nafas pejuang yang tidak akan pernah terhenti selagi nyawa masih dikandung badan bagi menentang musuh Islam,” katanya.
Beliau memetik kata-kata yang lahir ekoran pelantikan Yahya Sinwar, iaitu “Kalian telah memenggal kepala ‘Abu Bakar’ yang lemah-lembut untuk digantikan dengan ‘Umar al-Khattab’ yang bengis dan kasar!”
Sumber: Instagram Nadir al-Nuri