Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Rural Capital Berhad (RCB) sekali lagi mencatat sejarah apabila menyumbang zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis yang diadakan bersempena dengan Program Kayuhan MAIPs Peduli di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Seberang Ramai, di sini.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi menyaksikan penyerahan cek cura zakat perniagaan RCB Tahun 2023 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin Hashim kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat dan peserta Program Kayuhan MAIPs Peduli.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman.

RCB juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti kayuhan ini dan bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.