Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan program “Apresiasi Ilmu Pembelajaran Islam Amali” pada setiap hari Sabtu, iaitu dua kali sebulan bermula pada 8 Jun 2024, bertempat di Bilik Latihan 6, Aras 5, Wisma DBP.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang prinsip dasar Islam dalam kehidupan sehari-hari sebagai seorang Muslim, serta memperdalam pemahaman tentang al-Quran dan hadis untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Melalui program ini, para peserta diharap akan dapat meningkatkan pemahaman dan pengamalan praktik keagamaan, selain dapat memperkuat ikatan emosional dan spiritual dengan nilai Islam.
Program yang akan disampaikan oleh Ustaz Yazid Haji Maarof dengan menggunakan bukunya yang bertajuk Pembelajaran Islam Amali ini menyasarkan sebanyak 50 orang peserta pada setiap sesi, dan sijil penyertaan akan disediakan kepada semua peserta yang hadir.
Penyertaan boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/9fKtphrqq8soNBsi7.
Sebarang persoalan boleh diajukan kepada talian 012-2047848 (Ustaz Yusuff) atau melalui pautan https://wa.link/sx6rnc.