5 April 2024, 16:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya: Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam.

Demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

KPM memaklumkan bahawa aktiviti itu diperluas di semua institusi pendidikan termasuk di sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi.

“Inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.

“Setakat ini pelaksanaannya telah dilakukan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah melibatkan sebanyak 12 673 guru dan 120 489 murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang,” katanya.

KPM memaklumkan bahawa inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM bagi tempoh 2024-2030.

Menurutnya, inisiatif berkenaan merupakan cerminan komitmen teguh KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan pada masa sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.