4 April 2024, 11:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Warga Fakulti Sains Gunaan meraikan komuniti Kubang Perun dengan sumbangan Bakul Kasihnya Ramadan, baru-baru ini.

Program ini merupakan kerjasama antara Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis dengan komuniti setempat di Kubang Perun.

Program Bakul Kasihnya Ramadan melibatkan komuniti di empat buah kampung, iaitu Kampung Perit, Kampung Chelong, Kampung Baru dan Kampung Kubang Perun.

Menurut Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perlis, Dr. Nur Nasulhah Kasim, tujuan program Bakul Kasihnya Ramadan dijalankan adalah untuk memupuk semangat ukhuwah dan menonjolkan keprihatinan warga Fakulti Sains Gunaan dan UiTM Cawangan Perlis dalam usaha meringankan beban komuniti di sini melalui sumbangan keperluan harian

“Semoga sumbangan kecil ini sedikit banyak dapat meringankan beban hidup serta menceriakan penerima sumbangan serta ahli keluarga dalam meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

Sumbangan Bakul Kasihnya Ramadan disampaikan oleh warga Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis kepada para penerima sumbangan melalui lawatan rumah ke rumah.

Turut hadir dalam program ini ialah Dr. Zuliahani Ahmad, mantan Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.