Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Majlis Tadabur dan Khatam al-Quran 1445H yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di sini.

Program anjuran Pengerusi Pertubuhan Khidmat Wanita Negeri Perlis (PERWANIS) ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pengerusi PERWANIS, YBhg. Datuk Hajah Mastika Junaidah dalam ucapannya menyatakan bahawa program tadabur dan tadarus telah dianjurkan sejak 40 tahun yang lalu di bawah naungan Almarhumah Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perlis.

“Pada tahun ini penyertaan kumpulan yang bertadarus di seluruh negeri Perlis terdiri daripada 62 pasukan dan semua peserta adalah sebanyak 954 orang.

Sebahagian besar peserta adalah daripada kumpulan yang bertadarus di masjid-masjid di seluruh negeri Perlis,” katanya.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen berkenan untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan kumpulan tadarus kepada Wakil Parlimen Arau, Wakil Parlimen Kangar, Wakil Parlimen Padang Besar dan Wakil Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Majlis pada pagi itu turut diserikan lagi dengan upacara memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Puan Muda Perlis pada 28 Mac 2024 yang lalu dan juga persembahan nasyid.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.