19 Mac 2024, 12:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac 2024 (Selasa).

Demikian menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) yang dikeluarkan hari ini.

“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” katanya.

Selain itu, semakan keputusan peperiksaan juga boleh dibuat secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem tersebut akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 26 Mac 2024 hingga pukul 6:00 petang pada 01 April 2024.

Menurut KPM, sebanyak 4058 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2023 di 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.