Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Kadar zakat fitrah di Perlis bagi tahun 1445H/2024M ditetapkan sebanyak RM7 bagi yang menggunakan beras tempatan, manakala RM10 bagi yang menggunakan beras import (bukan spesial tempatan).

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs, setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Beliau berkata, bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran adalah sebanyak satu gantang nabawi seorang atau bersamaan dengan 2.6 kilogram.

“Setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan zakat fitrah sebagaimana yang ditetapkan itu bagi diri dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungannya.

“Mereka hendaklah mengeluarkan zakat fitrah itu kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis,” katanya.

Beliau menambah, “Sesiapa yang tidak atau ingkar mengeluarkan zakat fitrah, dengan sepenuhnya atau menghasut orang lain membayar atau menerima fitrah bukan sebagai amil yang dilantik dengan rasminya oleh pihak MAIPs, maka menjadi kesalahan di bawah Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis dan boleh didenda.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.