28 Februari 2024, 16:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Konvensyen Ketamadunan Dunia (KKD) 4.0 anjuran Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) bakal berlangsung empat hari lagi, iaitu pada 3 Mac 2024 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Presiden GPTD, Muhammad Alif Fitri Abdul Halim dalam kenyataannya berkata, setiap KKD mengangkat tema yang berbeza-beza, dan untuk KKD 4.0 tema yang ditetapkan ialah iktibar dan pengajaran daripada 100 tahun berakhirnya kekhalifahan Islam.

“KKD 4.0 akan menyoroti secara umum sejarah kekhalifahan Islam dengan penekanan kepada kekhalifahan Uthmaniyah yang berakhir pada tahun 1924.

“Program ini juga bertujuan untuk menawarkan solusi untuk umat Islam, khususnya di Malaysia bagi menangani situasi semasa,” katanya.

Menurut Muhammad Alif Fitri, penganjuran KKD pada kali ini diperluas lagi dengan pelibatan pelbagai pihak agar program ini menjadi lebih berkesan serta diharap dapat menarik penyertaan segenap lapisan masyarakat.

“Semoga program KKD 4.0 pada tahun ini dapat menjadi titik tolak kepada suatu perubahan serius umat Islam baik dalam diri, organisasi, masyarakat bahkan negara,” katanya.

Poster Konvensyen Ketamadunan Dunia 4.0 yang bakal berlangsung di Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya pada 3 Mac 2024.

Program yang merupakan anjuran bersama Benevolent Malaysia (Benevolent) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkfili Hasan yang juga merupakan penyampai ucaptama seminar.

Pelaksanaan program ini mencakupi tiga acara utama, iaitu seminar, acara sampingan, pameran dan jualan serta pelancaran buku.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan program ini, layari laman web rasmi Konvensyen Ketamadunan Dunia.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.