Oleh Abd Razak Osman
23 Januari 2024, 12:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengagihkan sejumlah wang sebanyak RM13.7 juta kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, YBhg. Dato’ Syeikh Haji Zakaria Othman berkata, wang yang diserahkan itu boleh digunakan untuk pelbagai kebaikan kepada murid sekolah di negeri Kedah.

“Banyak murid sekolah, terutama golongan asnaf akan mendapat manfaat daripada wang itu.”

Beliau berkata demikian sempena Majlis Wakalah Agihan Zakat Guru-guru di bawah JPN Kedah di Menara Zakat Alor Setar, Kedah, semalam.

Pengarah JPN Kedah, Encik Ismail Othman berkata, warga pendidikan negeri Kedah telah membayar zakat sebanyak RM36.7 juta dan agihan balik kepada JPN sebanyak RM13.7 juta.

“Terima kasih kepada 818 orang, termasuk pengetua, guru besar dan guru kerana terlibat dalam program wakalah agihan zakat itu.”

Katanya, semoga warga pendidik di JPN Kedah terus istiqamah dan mengemas kini potongan zakat dengan LZNK pada setiap tahun.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dr. Faisal Mustafa serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah, Haji Mahir Mohamad.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.