26 Disember 2023, 12:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang zakat melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pada masa yang sama, baginda mengingatkan mereka yang masih belum menunaikan kewajipan zakat agar dapat berbuat demikian bagi menggunakan kesempatan pada akhir tahun ini.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis penyampaian sumbangan zakat MAIPs kepada sebanyak 140 asnaf terpilih yang diadakan di Masjid al-Aβ€˜la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada seorang daripada penerima zakat.

Berangkat sama ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Sebanyak 70 penerima sumbangan adalah dari kariah Padang Melangit dan 70 penerima lagi dari Kariah Alwi, Kangar. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang daripada MAIPs. Jumlah penuh diagihkan pada kali ini ialah RM98,000.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.