17 Disember 2023, 11:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Pihak pengurusan masjid dan surau di Malaysia diminta menitikberatkan semula prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 susulan kes jangkitannya yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar menasihatkan jemaah masjid dan surau agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 dengan memakai pelitup muka khususnya bagi mereka yang bergejala dan juga berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik dan ibu mengandung.

Jelas beliau, langkah seumpama ini selaras dengan saranan Islam agar perkara yang boleh membawa kemudaratan hendaklah dielakkan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam \Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk mengambil langkah proaktif dalam ruang lingkup hal ehwal agama bagi menghadapi wabak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, langkah ini bagi memastikan tempat perkumpulan ramai umat Islam seperti di masjid dan surau yang menjadi tempat mudahnya jangkitan wabak dapat diambil tindakan pencegahan awal.

Tambahnya, seluruh lapisan masyarakat juga dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga masing-masing agar terhindar daripada wabak penyakit tersebut.

Beliau turut menyarankan umat Islam agar sentiasa berhati-hati pada setiap masa dan sentiasa berdoa serta bermunajat agar wabak ini dapat dihindari.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.