6 Disember 2023, 17:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Sebanyak 108 orang murid enam tahun daripada 15 buah Tadika Islam Perlis (TIPs) diraikan dalam Majlis Konvokesyen TIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) yang berlangsung di Dewan Warisan Kangar, hari ini.

Majlis yang bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid TIPs yang telah berjaya menempuh alam prasekolah tersebut telah disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah JAIPs, Encik Najmuddin Abdul Karim.

Najmuddin dalam ucapannya menyatakan bahawa pendidikan Islam perlulah  diperkenalkan seawal usia prasekolah bagi menyemai benih bermutu dalam pembentukan umat Islam pada masa akan datang.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ketika berkenan menyempurnakan Majlis Konvokesyen TIPs.

Pendidikan Islam merupakan satu proses mengajar manusia membentuk serta melatih dalam pelbagai bidang seperti fizikal, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan anak-anak yang  sempurna,  beriman,  berakhlak  mulia,  berbadan  sihat,  berilmu  dan  berkemahiran  dalam kerjaya.

“Majlis ini juga berupaya meningkatkan motivasi dan menyuntik semangat murid-murid untuk meneruskan sesi persekolahan peringkat rendah yang lebih mencabar pada tahun akan datang,” ujar beliau lagi.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Cemerlang Akademik, Anugerah Sahsiah Terpuji dan Anugerah Tokoh Murid kepada 16 orang pelajar cemerlang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.