28 November 2023, 23:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tampil sebagai johan dalam Pertandingan Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) bagi mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Pasukan yang terdiri daripada empat orang mahasiswa, iaitu Nur Faisal Nordin, Joekryno Anak Joni, Nur Rahmatina Abd. Rahman, dan Muhammad Ariff Muhammad Khalidi ini berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM15,000 tajaan Permodalan Nasional Berhad, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Bank Islam.

Naib johan dimenangi oleh kumpulan mahasiswa dari Universiti Multimedia.

Naib johan pula dimenangi oleh kumpulan mahasiswa dari Universiti Multimedia yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan disertai oleh Syukri Azri Salehuddin dan Syukri Zaki Salehuddin.

 

Sementara itu, pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disertai oleh Muhammad Syakir Ahmad Sazali, Muhammad Yusry Haigal Yusof, Muhammad Haziq Agmar Amril Nurman, dan Faiz Danial Faizan berjaya mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.

Pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memenangi tempat ketiga.

Pada masa yang sama, turut diraikan enam kumpulan peserta lain yang menerima sagu hati dengan masing-masing membawa pulang RM1,000, iaitu dua pasukan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), satu pasukan dari Kuala Lumpur Film School, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan SEGI College Kuala Lumpur juga diraikan dalam majlis ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi IKIM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty dan YBrs. Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Zaidi Ismail,

Majlis penyampaian hadiah bagi peserta pertandingan ini berlangsung siang tadi di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.