Oleh Ana Mohd Bess
27 November 2023, 16:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gong Badak – Kunjungan hormat Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBrs. Dr. Hazami Jahari kepada Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), YBrs. Profesor Dato’ Dr. Fadzli Adam di Pejabat Naib Canselor, UniSZA hari ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara DBP dengan UniSZA.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan tentang kerjasama dalam pelaksanaan Program Pembudayaan Hadis 40 Imam al-Nawawi termasuklah Majlis Pelancaran Buku Hadis 40 Imam al-Nawawi terbitan DBP.

Dalam kunjungan ini, DBP memaklumkan bahawa majlis pelancaran buku tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri 1, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pada 9 Disember 2023 (Sabtu) di UniZSA.

Turut bersama-sama dalam kunjungan hormat tersebut termasuklah Pengarah KEMAS Terengganu, YBrs. Dr. Faridah Mat; Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP, Puan Roziah Md Yunus dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Encik Sharrul Rizal Hashim.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.