13 November 2023, 20:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kunming – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Masjid Shuncheng di Shuncheng Street, Wuyi Road, Kunming, China.

Masjid yang meliputi kawasan seluas kira-kira 10 000 meter persegi ini dibina di sepanjang tembok kota lama Kunming, dan dikenali sebagai Masjid Shuncheng yang merupakan masjid terbesar di Kunming.

Masjid ini telah diasaskan sejak Dinasti Ming pada tahun 1425 lagi, dan terdapat pengembangan semasa pemerintahan Dinasti Qing.

Pada akhir Dinasti Qing, masjid tersebut telah dimusnahkan oleh peperangan, dan kemudian dibaiki dan dibina semula untuk beberapa kali.

Kawasan di sekitar masjid tersebut merupakan pusat perniagaan umat Islam, antaranya termasuklah makanan dan minuman halal, tudung, jubah, kopiah dan kurma.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan Bantuan Program Dakwah dan Kemasyarakatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM1,000 melalui Zhang Caiwei untuk tujuan sebarang program ilmu yang akan dijalankan.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh imam masjid tersebut, Zhang Caiwei.

Mengiringi tuanku ialah Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Muhamad Akmal Abdul Wahab.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.