4 November 2023, 14:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dai Muda YADIM (DMY) Aizat atau nama penuhnya, Khairul Aizat Yusoff dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Dai Muda dalam Pentas Akhir Akademi Dai Muda YADIM (ADMY) semalam.

Dengan kemenangan tersebut, beliau telah membawa pulang hadiah bernilai RM40,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN), tajaan Rakan Niaga Premium MyAngkasa Amanah Berhad dan pakej tajaan Umrah EZ Travel Sdn. Bhd.

Beliau turut menerima Anugerah Hasan Al-Banna (Aktivis Dai Muda) bernilai RM10,000 pada pentas akhir ADMY.

Sebanyak enam finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir daripada keseluruhan 28 pelatih ADMY telah mempersembahkan segala kemahiran, bakat dan pengalaman yang diperoleh selepas dilatih dengan pelbagai modul selama empat bulan untuk benar-benar menjadi pendakwah di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat.

ADMY mempunyai objektif untuk melahirkan dai profesional, teknodai serta dai rabbani yang menyebar luas misi dakwah mengikut perkembangan teknologi semasa bersesuaian dengan pendekatan Malaysia MADANI serta melahirkan dai yang mahir dengan ilmu pengurusan dakwah dan kreatif menyampaikannya dalam lapangan masyarakat.

Selain dua anugerah yang diterima oleh DMY Aizat, kategori lain yang dipertandingkan ialah Anugerah Syeikh Daud al-Fatani (Imam Muda) yang dimenangi oleh DMY Muqri, Anugerah Sayyidah Nafisah (Dai Muda Muslimah)  telah dimenangi oleh DMY Husna, Anugerah Imam al-Nawawi (Karyawan Dai Muda) pula dinobatkan kepada DMY Hanin), Anugerah Imam al-Ghazali (Dai Muda Murabbi) dimenangi oleh  DMY Adlin, serta Anugerah al-Khawarizmi (Tekno-Dai) yang ditnobatkan kepada DMY Farhira.

Enam finalis Pentas Akhir ADMY bergambar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Naim Haji Mokhtar.

Hadiah kemenangan pada Pentas Akhir ADMY telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Naim Haji Mokhtar.

Pentas akhir tersebut yang berlangsung di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya semalam telah disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah dan turut bersiaran secara dalam talian melalui pelbagai media sosial seperti Facebook Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM).

Antara tetamu yang hadir malam Pentas Akhir ADMY termasuklah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin; ketua-ketua agensi agama Islam persekutuan, wakil-wakil rakan strategik serta keluarga peserta Pentas Akhir Dai Muda YADIM 2023.

Sumber: Facebook YADIM

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.