24 Oktober 2023, 23:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Phnom Penh – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar Masjid Ibadur Rahman, Chroy Metrey di Phnom Penh, Cambodia yang yang dirasmikan pada Sabtu lalu dapat mengembalikan impian utama para penyumbang dan pemegang taruhnya serta memanfaatkan semua.

Menurut baginda, “Dahulunya masjid merupakan rumah untuk beribadat dan madrasah untuk mengenali ilmu, tempat kaum Muslimin bertemu dan berpisah, dan di dalam masjidlah mereka saling mengenal antara satu dengan lain untuk kemudian saling mencintai.”

“Di dalam masjidlah mereka mengumpulkan bekal kerohanian, cahaya ilmu, serta kuatnya keyakinan sehingga di situlah hati mereka selalu tertambat, dan ke sanalah jiwa mereka selalu kembali.

“Masjid juga lebih mereka cintai daripada rumah dan harta mereka. Mereka tidak pernah berasa jenuh untuk berlama lama duduk di dalamnya, dan tidak pernah berasa bosan untuk sentiasa mengunjunginya, walaupun jarak jauh menghalangi,” titah baginda.

“Mereka sentiasa mengharapkan pahala daripada setiap langkah mereka, memetik manfaat daripada setiap waktu yang mereka habiskan di dalamnya, dan berlumba-lumba untuk segera mendatanginya,” katanya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan menghadiri majlis makan malam di sebuah restoran di Phnom Penh.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menghadiri satu majlis makan malam di sebuah restoran di Phnom Penh, Cambodia yang dihadiri sama oleh Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan merangkap Menteri Kanan yang bertanggungjawab bagi tugas-tugas khas – hal ehwal agama Islam negara berkenaan.

Hadir sama ialah Duta Besar Malaysia ke Cambodia, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Untuk rekod, sumber ekonomi utama negara Cambodia pada ketika ini adalah dalam sektor pertanian, tekstil, hasil bumi dan pelancongan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.