Diterbitkan pada 13 Oktober 2023, 10:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis menganjurkan forum bertajuk “Jihad di Palestin’ di Masjid Alwi, Kangar, semalam.

Forum tersebut antara lain bertujuan untuk membincangkan situasi yang sedang terjadi di bumi Palestin yang semakin meruncing.

Ahli panel terdiri daripada Mufti Perlis, Sahibus Samahah Profesor Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; Rektor KUIPs, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle; dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir al-Nuri. Ustaz Mohd Rizal Azizan bertindak sebagai moderator.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat hadir sebagai tanda sokongan kepada saudara Islam di Palestin.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi