29 September 2023, 21:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Islam merupakan asas utama bagi pembentukan jati diri bangsa Melayu di samping adat dan budaya lama yang dikekalkan, serta mana-mana adat dan budaya yang bercanggah pula dimodifikasikan supaya selaras dengan syariat Islam.

Untuk memperkasakan semula adat dan jati diri bangsa Melayu terutamanya dalam kalangan generasi muda di Perlis, agama Islam haruslah dijadikan sebagai panduan dan pendidik utama kerana tanpa Islam, bangsa Melayu akan kehilangan jati diri. Sejarah telah banyak memberikan contoh dan iktibar kepada kita.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis Bilangan Ke-2 Bagi Tahun 2023 di Bangunan MAIPs Kangar.

Menurut Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, Islam telah terbukti berjaya membina tamadun Melayu yang gemilang sebelum kedatangan penjajah.

Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab bangsa Melayu dan juga badan-badan berautoriti yang telah diamanahkan untuk terus menjaga adat istiadat Melayu sebagaimana MAIPs, untuk terus menghayati serta mengamalkan ajaran Islam dalam segenap aspek kehidupan, dan terus memperhebat lagi agendanya berteraskan al-Quran dan sunah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.