8 September 2023, 17:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerima Sijil Tanpa Teguran buat kali ke-11 berturut-turut daripada Ketua Audit Negara bermula tahun 2012 hingga 2022 bagi penyata kewangan jabatan itu.

Jabatan Audit Negara telah menggariskan beberapa ketetapan yang perlu dilaksanakan oleh MAIPs, iaitu penyata kewangan perlu disediakan dan dipersembahkan mengikut piawaian selain angka-angka yang diakaunkan mematuhi standard perakaunan yang tepat.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat ke majlis  penyerahan sijil tersebut yang diterima daripada Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd  Radzi di Galeri DiRaja, Arau.

Dalam titah baginda, Raja Muda Perlis menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak MAIPs atas penganugerahan sijil tersebut dan menyeru agar rekod baik ini dikekalkan dan menjadi contoh kepada agensi yang lain di negeri Perlis.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Profesor Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Hakim Syarie Perlis, Haji Jaidi Ahmad; Timbalan Yang DiPertua MAIPs, Dr. Haji Hazman Hassan; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs,  Mohd Nazim Mohd Noor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.