Oleh Syaza Wardina
25 Mei 2023, 22:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Ipoh – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan pengamal media diberikan peluang dan penghormatan membaca Khutbah Jumaat di tiga masjid di Perak pada 26 Mei 2023.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YBhg. Tan Sri Mohd Annuar Zaini, hal yang demikian bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional yang akan berlangsung di Ipoh, Perak, pada 27 hingga 28 Mei 2023.

“Baginda mengiktiraf peranan penting para wartawan, telah menitahkan Khutbah Jumaat di negeri Perak pada 26 Mei 2023 bertemakan ‘Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam’.”

“Susulan itu, Jabatan Penyiaran Negeri Perak serta Persatuan Pengamal Media Perak telah mengemukakan tiga nama pengamal media kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak untuk mendapat tauliah membaca khutbah di tiga buah masjid di negeri Perak,” katanya menerusi kenyataan MAIPk.

Editor Rencana Agama dan Sastera, Berita Harian, Encik Mohd Nazmi Yaacob, diperkenankan tauliah untuk membaca Khutbah Jumaat di Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II).

Sementara itu, wartawan Sinar Harian, Encik Saifullah Ahmad diperkenankan membaca khutbah tersebut di Masjid Sultan Azlan Shah, manakala Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Encik Mohd Fahmi Mohd Nor diperkenankan membaca khutbah di Masjid Muhibbuddin Shah.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.