Oleh Abd Razak Osman
25 Disember 2022, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Sebuah masjid baharu bakal dibina bernilai RM25 juta di atas
tanah berkeluasan 8615 meter persegi bagi menampung lebih 1500 orang jemaah yang terletak di Bandar Tanjung Pinang di sini. Masjid itu di bina oleh keluarga pemilik pengusaha barang emas dan permata terkemuka, Habib Jewels dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Sadik berkata, banyak
kemudahan yang akan disediakan untuk para jemaah beribadat.

Acara simbolik menanam pokok di satu ruang khas bersempena dengan Majlis Pecah Tanah Masjid Habib.

“Pembinaan masjid ini adalah hasrat keluarga terutamanya arwah bapa saya,
Datuk Habib Mohamed Abdul Latif yang mahu membina masjid di tempat asal kami di Pulau Pinang, khususnya di bahagian pulau. Masjid ini juga boleh dijadikan pusat komuniti menyatupadukan masyarakat tempatan untuk menjalankan pelbagai aktiviti semasa,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Masjid Habib di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang,
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk
Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dan Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Seri Zarida Noordin. Masjid Habib dibina di atas tanah serahan pemaju kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

“Pembinaan dan hiasan masjid diterapkan dengan unsur-unsur seni komuniti kacukan, Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Terima kasih kepada MAINPP dan masyarakat setempat kerana memainkan peranan penting dalam menjayakan pembinaan masjid. Kita mengalu-alukan orang ramai berkunjung ke Masjid Habib untuk manfaat bersama apabila dibuka nanti,” katanya lagi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.