23 Disember 2022, 17:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Simpang Empat – “Gunakan peluang di penghujung tahun 2022 ini untuk menunaikan ‘zakat’ masing-masing kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).”

Demikian diperingatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor selepas beliau mengiringi Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program penyerahan sumbangan MAIPs. Seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Ameer Fawwaz, Sungai Baru, Simpang Empat.

Tambah beliau lagi, “Anda juga boleh menunaikan wakaf dan sedekah untuk pahala yang berpanjangan. Jangan terlepas peluang bagi tahun kewangan 2022 ini untuk menunaikan tanggungjawab anda. Semoga ibadat anda diterima oleh Allah SWT. Anda beri, MAIPs tadbir, asnaf terbela!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.