Oleh Abd Razak Osman
5 Disember 2022, 11:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Majlis Konvokesyen Qiraati 2022 berlangsung dengan jayanya di Hotel Jerai, Sungai Petani, Kedah semalam. Sebanyak 150 pelajar menerima pengiktirifan tertinggi berupa Sijil Khatam Al-Quran 30 juzuk setelah mengikuti pengajian di Pusat Pengajian Qiraati Kedah, termasuk di beberapa lokasi lain, di Pulau Pinang dan Perak. Tema konvokesyen pada kali ini ialah “Bersama Membina Generasi Al-Quran”.

Menurut urusetia konvokesyen itu, Encik Asri Darus berkata, pelajar yang menerima sijil
tersebut telah belajar di 26 kelas Qiraati di negeri berkenaan.

“Terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang sama-sama mengembleng tenaga bagi melahirkan insan celik al-Quran. Di harapkan mereka akan terus membaca, mentadabbur dan beramal dengan al-Quran di mana-mana sahaja,” katanya.

Asri mengucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana berjaya menjalani beberapa ujian kelayakan seperti tartil, fasohah, ghorib, tajwid, hafazan surah, hafazan doa dan praktikal solat dengan baik.

Saudari Izzy Ulfah Ryasid sebagai penerima Anugerah Kemerlangan 2022 bersempena dengan Majlis Konvokesyen Qiraati 2022.

Sempena konvokesyen kali ini, Anugerah Kecemerlangan 2022 disandang oleh Muhammad Aqil Nabil Ismail, kedua, Izzy Ulfah Abdul Ryasid dan ketiganya, Muhammad Thaqif Irfan Shaifulbahari. Penyampaian sijil kepada pelajar tersebut disampaikan oleh YBrs. Dr. Jazmi Md Isa selaku Pensyarah Akademik Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Darulaman, Alor Setar. Turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut ialah Pengerusi Qiraati Kedah, Encik Mat Zuki Ahmad.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.