Diterbitkan pada 18 Oktober 2022, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62  akan bermula pada 19 hingga 24 Oktober 2022 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Menurut kenyataan media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 31 buah negara dengan  41 orang peserta akan menyertai MTHQA  pada kali ini.

Keluarga Malaysia yang ingin menyaksikan MTHQA ke-62 secara fizikal bolehlah hadir ke Dewan Plenary, KLCC bermula jam 8.45 malam.  Siaran langsung juga boleh ditonton bermula jam 8.45 malam di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.

Sumber gambar: JAKIM
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi