12 Oktober 2022, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Masjid Tuanku Syed Putera Jamalullail dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) serta Pro Minda Tajdid dan Suara Sunnah.

Pendakwah antrabangsa, Dato’ Sheikh Mohd Hussain Yee ketika menyampaikan perkongsian dalam Forum “Rasulullah SAW: Cinta, Ikutan atau Slogan”.

Program yang menjadi kemuncak Bulan Zikra Rasul Peringkat Negeri Perlis ini membawakan forum yang bertajuk “Rasulullah SAW: Cinta, Ikutan atau Slogan” yang berlangsung seusai solat maghrib di masjid berkenaan. Ahli panel forum tersebut terdiri daripada Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, pendakwah antarabangsa, Yang Berbahagia Dato’ Sheikh Mohd Hussain Yee serta Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Forum tersebut dikemudi oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIPs, Ustaz Mohd Rizal Azizan selaku moderator.

Barisan ahli panel Forum Zikra Rasul bersama-sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan pihak penganjur.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.