8 Oktober 2022, 10:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh Nurul Amira Husna Yusli

8 Oktober 2022

 

Putrajaya- Program Qiamullail Perdana Agensi Islam siri ketiga yang dipimpin oleh Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki di Masjid Putra, Putrajaya telah dihadiri oleh hampir 2 500 jemaah umat Islam.

Yang Berhormat, Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menzahirkan rasa bangga beliau kerana program qiamullail kali ini telah mendapat sambutan dari kalangan muda.

“Ibadat qiamullail ini merupakan usaha terbaik untuk membina individu Muslim yang hebat, masyarakat bersatu-padu dan negara sejahtera,” katanya.

Program Qiamullail Perdana Agensi Islam siri ketiga dipimpin oleh Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki di Masjid Putra, Putrajaya.

Kata beliau lagi, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan Masjid Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara dan beliau berharap program sebegini dapat mendorong umat Islam untuk terus beristiqamah melakukan ibadat qiamullail demi pembinaan diri dan pembersihan jiwa.

Pelbagai aktiviti telah dimanfaatkan dalam program qiamullail kali ini, antaranya termasuklah aktiviti klinik solat, pelancaran buku solat dalam Bahasa etnik Temiar dan Temuan, cerapan, jualan buku, ibadat iktikaf, qiamullail, tahajud, zikir dan munajat.

Program qiamullail yang dijayakan oleh pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), TVAlhijrah dan Masjid Putra Putrajaya ini juga ditayangkan secara langsung di semua platform media sosial YADIM, bermula pada jam 11.00 malam 7 Oktober dan tamat pada jam 8.00 pagi, 8 Oktober 2022.

Turut hadir bagi melestarikan gerakan dakwah ini adalah Menteri Kanan Pendidikan, Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.