16 Januari 2022, 23:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – “Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka” anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui anak syarikatnya, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd. mendapat sambutan yang sangat baik, khususnya dalam kalangan para asnaf serta pelajar sekolah di seluruh negeri. Program ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf dan mereka yang tidak tetap pendapatan di negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan.

Program ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada 15 hingga 16 Januari 2022 di Dewan Besar, Jabatan Belia dan Sukan Negara Cawangan Negeri Perlis, Kangar. Sebanyak kira-kira 400 hingga 600 slot pekerjaan telah ditawarkan melalui program ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, terdapat pelbagai industri dan penyedia latihan yang terlibat dalam pengambilan peserta. Industri dan penyelia latihan yang dimaksudkan ialah industri Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kulim Hi Tech Park, KISMEC Sungai Petani, The Otomotif College (TOC) Kuala Lumpur, McDonalds Malaysia dan Restauran Mohd Chan Group Berhad.

Di samping itu, industri The Welding Institute (TWI), Shah Alam, Malaysian Professional Accountancy Centre (MyPAC), KOBE Precision Technology Sdn. Bhd., Bebas, Mokti’s, Amber Chinese Muslim Restauran dan Wahyuni SPA, Kangar turut tidak ketinggalan menawarkan peluang pekerjaan dalam program ini.

Anakanda Raja Muda Perlis, YAM Sharifah Khatreena Nuraniah dan YAM Sharifah Farah Adriana berkenan berangkat meninjau Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka (MAIPs) di Kangar, semalam.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran anakanda Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah dan YAM Sharifah Farah Adriana yang berkenan berangkat meninjau gerai organisasi yang terlibat dalam Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka (MAIPs).

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.