27 Disember 2021, 21:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan bantuan tambahan sebanyak RM35 juta menerusi dana zakatnya bagi membantu mereka yang terkesan dengan musibah banjir di seluruh negara. Menurut Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, MAIWP prihatin dengan nasib yang dialami rakyat yang terjejas, 11 skim bantuan akan dilaksanakan pihaknya menerusi program “Sentuhan Kasih MAIWP- Misi Bantuan Banjir 2.0”.

Sumber foto: Facebook rasmi MAIWP.

RM10 juta telah diperuntukkan bagi membantu beberapa negeri yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini. Projek yang ingin disumbangkan ialah pembinaan semula rumah mangsa yang terjejas dan sumbangan zakat tersebut akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri.

Peruntukan sebanyak RM35 juta dalam pelbagai bentuk skim disediakan bagi Wilayah Persekutuan. Bentuk skim yang terlibat termasuklah bantuan baik pulih rumah, bantuan membina semula rumah, bantuan moratorium kenderaan, bantuan baik pulih kenderaan, bantuan perubatan (termasuk negeri luar Wilayah Persekutuan), bantuan baik pulih masjid dan surau, bantuan baik pulih maahad taafiz, sekolah rendah agama (SRA) dan tadika, bantuan peralatan pesekolahan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT), penyelenggaraan pendawaian elektrik serta bantuan tunai kepada mangsa banjir secara sekali beri.

Turut dilancarkan Klinik Bergerak MAIWP (bas dua tingkat) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Menurut Tan Sri Dr. Mohd Daud lagi, projek tersebut telah dirancang beberapa bulan lalu bagi memberikan perkhidmatan kesihatan percuma kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bas dua tingkat tersebut direka bentuk bagi menghargai pesakit yang mendapatkan rawatan serta menjadi pendorong semangat kepada pesakit untuk pulih dengan cepat.

Sumber foto: Facebook rasmi MAIWP
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!