21 Julai 2021, 16:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Masjid al-Azim Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan (MAAZTS) telah menganjurkan program Satu Ayam Satu Rumah bagi menyantuni ahli kariah dan memberikan sedikit kegembiraan buat mereka untuk menyambut Aidiladha. Program tersebut telah diadakan pada 18 Julai 2021 yang lalu, iaitu dua hari menjelang Hari Raya Aidiladha 1442H. Sebanyak 400 ekor ayam telah diagihkan kepada 400 buah keluarga di bawah kariah masjid. Pada masa yang sama, MAAZTS juga menyampaikan sumbangan bakul prihatin kepada mereka yang memerlukan dan terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Pengerusi Masjid, Tuan Haji Fakarudin bin Abd. Rahman, program agihan bantuan ini merupakan program berterusan pihak masjid dalam usaha menyantuni masyarakat setempat. Program tersebut turut melibatkan golongan bukan Islam dan warga asing kerana mereka juga merupakan ahli kariah yang perlu disantuni.

“Program kebajikan ini akan dijalankan secara berterusan selagi kewangan masjid mampu menampung perbelanjaan program ini. Dana diperoleh melalui sumbangan ahli kariah dan para dermawan yang tidak putus-putus menyalurkan bantuan secara konsisten.

“Sumbangan berupa bakul prihatin dan program sepapan telur bagi satu rumah warga asing juga dijalankan sebelum ini. Semoga dengan sedikit agihan ini dapat memberikan sinar kegembiraan buat warga Taman Semarak, Nilai untuk menyambut Aidiladha pada tahun ini,” katanya.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.