7 Mei 2021, 09:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Program World Quran Hour diadakan buat kali keenam di seluruh negara pada 6 Mei 2021. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan perasaan kecintaan kepada al-Quran, mukjizat yang diturunkan kepada seluruh manusiauntuk menjadi panduan dalam kehidupan.

Tidak memfokuskan kepada bacaan al-Quran semata-mata, program World Quran Hour turut menekankan kefahaman terhadap ayat yang dibaca melalui tadabur. Program World Quran Hour 2021 memilih Surah al-Mulk untuk dilantunkan agar bergema ke seluruh dunia.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam program ini bagi menyuntik perasaan cinta kepada al-Quran dalam kalangan warga JPWPKL. Program ini turut mendapat Kerjasama daripada Pepustakaan Kuala Lumpur.

Program yang diadakan di Surau at-Taqwa JPWPKL dipimpin oleh  Ustaz Malik Ahmad dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) dan tadabur ayat pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Azri, Imam Masjid Sayidina Abu Bakar al-Siddiq Bangsar.

Turut hadir meraikan program ini ialah Encik Zainuddin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Puan Zainab binti Hamzah, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Penbangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain World Quran Hour, JPWPKL turut mengadakan majlis khatam al-Quran yang disertai 20 orang wakil dari setiap sektor di JPWPKL sebagai kemuncak program Tadarus al-Quran yang dijalankan sepanjang Ramadan di Jabatan Pendidikan WPKL selain pelbagai program seperti Kuliah Berkitab, al-Barakah Corner dan Sinar Ramadan Metropolitan.

Pada akhir majlis, JPWPKL turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada warga JPWPKL.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.