Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei 2026, bersamaan dengan 10 Zulhijah 1447.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin, menerusi siaran langsung televisyen nasional pada malam Ahad.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah adalah pada 18 Mei.”
“Oleh hal yang demikian, Hari Raya Aidiladha adalah pada 10 Zulhijah. Bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya.
Sebelum pengumuman dibuat, proses melihat anak bulan Zulhijah telah dijalankan pada petang Ahad, 17 Mei 2026, di 29 lokasi di seluruh negara bagi menentukan permulaan bulan Zulhijah secara rasmi.
Dengan penetapan 1 Zulhijah 1447 jatuh pada 18 Mei 2026, kiraan 10 hari membawa tarikh Aidiladha tepat pada 27 Mei 2026.
Antara amalan utama Hari Raya Aidiladha, yang turut dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban termasuklah solat sunat Aidiladha, serta ibadah korban yang dilakukan di masjid dan surau di seluruh negara.