Diterbitkan pada 17 Februari 2026, 12:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 pada 25 Februari (Rabu), pukul 10.00 pagi.

Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, majlis pengumuman keputusan ujian berkenaan bakal disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Menurut kenyataan beliau pada Isnin, calon, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan UPKK pada hari yang sama, bermula pada pukul 12.00 tengah hari menerusi pautan https://semakan.islam.gov.my.

Jelasnya, semakan keputusan pada pautan tersebut adalah dengan menggunakan nombor MyKid atau nombor kad pengenalan khas dan nombor angka giliran calon.

Selain itu, calon, ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK bagi tahun 2025 di sekolah masing-masing bermula pada 26 Februari (Khamis) berdasarkan ketetapan masa oleh pihak sekolah.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi