Diterbitkan pada 19 Disember 2025, 08:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan bahawa kutipan tabung Jumaat di semua masjid negeri Perlis pada hari ini disalurkan sepenuhnya kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Aceh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga selaku Yang DiPertua MAIPs menyeru seluruh umat Islam di negeri itu bersama-sama menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menurut baginda, usaha berkenaan adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa, serta atas dasar ikatan ukhuwah yang tidak terpisah dan semangat kemanusiaan sejagat.

“Besarlah harapan saya agar sumbangan ikhlas yang dihulurkan oleh umat Perlis dapat membantu usaha pemulihan dan pembangunan semula kehidupan saudara kita di Aceh,” titah Baginda dalam suatu kenyataan pada Khamis.

Selain itu, baginda turut menjelaskan bahawa bantuan ini merupakan manifestasi daripada semangat persaudaraan dan keprihatinan terpuji.

“Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha dan sumbangan yang dihulurkan, serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh mangsa yang terlibat ketika menghadapi ujian besar ini,” titahnya.

Kredit Foto: MAIPs
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi